Bengkel Kemahiran Keibubapaan Anak-anak Sindrom Down Negeri Terengganu Siri 1

20 Januari 2024 | Sabtu | 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Anjuran Bersama : ITQAN dan JKM
 
 
POSTER BENGKEL

 
TENTATIF PROGRAM

 
Alhamdulillah program berjalan lancar. Tahniah dan terima kasih buat semua jawatankuasa Persatuan Anak Istimewa Sindrom Down Itqan Terengganu yang komited menjayakan program.
Terima kasih buat semua ibu bapa yang turut serta dan sudi hadir walaupun ada yang dari jauh (Dungun dan Paka). Terbaik sangat komitmen yang diberikan.
Terima kasih pada pihak JKM kerana memberikan kebenaran untuk Persatuan menggunakan semua fasiliti yang terdapat di Pusat Khidmat Setempat OKU Marang. Sangat selesa dan lengkap. Lain kali Persatuan boleh buat program di sini lagi.
Terima kasih buat penceramah jemputan Dr. Salehuddin Sulaiman (Pakar Perubatan Kanak-kanak dari KMI Medical Centre) untuk perkongsian info tentang Sindrom Down dan juga Puan Anita Bhandal (guru terapi persendirian) untuk perkongsian sesi terapi yang sesuai untuk anak-anak Sindrom Down seawal kelahiran.
Selesai sudah Bengkel Kemahiran Keibubapaan Anak-anak Sindrom Down Negeri Terengganu Siri 1. Bersedia untuk siri seterusnya pula. InsyaAllah.
 
Admin kongsikan sedikit gambar sepanjang program berlangsung.
 
 
Pagar masuk ke Pusat Khidmat Setempat OKU Marang

 
 
Pintu masuk

 
 
Ustaz Hairuddin (Pengerusi ITQAN) yang bersemangat sekali. Awal ustaz sampai ke tempat program untuk set up apa yang perlu. Terbaik la ustaz!

 
 
Sementara menunggu kehadiran peserta dan program bermula, Ustazah Hafizah (AJK ITQAN) dan Puan Ruzita (Bendahari ITQAN) bersembang santai dengan Puan Anita Bhandal (guru terapi persendirian) yang pernah menjadi guru untuk anak-anak Sindrom Down mereka

 
 
Puan Asiah (AJK ITQAN) menjadi pengerusi majlis walaupun tengah migrain. Terima kasih atas komitmen yang diberikan.

 
 
Ustaz Hairuddin (Pengerusi ITQAN), mengetuai bacaan doa sebelum memulakan program.

 
 
Dr. Nor Aida (Penasihat ITQAN) memberikan sepatah dua kata dan ucapan perasmian program. Admin baru tahu tempat program diadakan ni antara salah satu Pusat Khidmat Setempat OKU di Malaysia. Satu lagi terdapat di Bedong, Kedah. Beliau menggalakkan ITQAN untuk memanfaatkan kemudahan dan peluang yang diberikan oleh JKM sepenuhnya untuk bergiat aktif dan memajukan persatuan. Terima kasih Dr. Aida dengan nasihat dan perkongsian info yang diberikan.



Ibu bapa yang hadir mengikuti Bengkel. Penuh satu dewan seminar. Alhamdulillah.



Dr. Salehuddin Sulaiman (Pakar Perubatan Kanak-kanak dari KMI Medical Centre Kuala Terengganu) yang sudi memenuhi jemputan ITQAN untuk memberikan ceramah tentang Sindrom Down. Walaupun anak admin sendiri sudah berumur 8 tahun, masih berminat untuk ambil tahu tentang keistimewaan anak-anak Sindrom Down. Banyak juga info baru yang admin dapat dari ceramah yang diberikan terutamanya dari segi kesihatan.


 
Penyampaian cenderahati untuk Dr. Salehuddin dari pihak ITQAN diwakili oleh Pengerusi ITQAN, Ustaz Hairuddin.

 
 
Sesi kedua Bengkel diberikan oleh Puan Anita Bhandal, guru terapi anak-anak istimewa persendirian. Praktikal terapi untuk anak-anak Sindrom Down dimulakan dengan cara senaman yang boleh merangsang otot anak-anak Sindrom Down seawal bayi lepas lahir.

 
 
Terapi untuk anak-anak Sindrom Down usia 2 tahun ke atas, Puan Anita menunjukkan cara hendak merangsang anak-anak cara memegang barang, bertutur, membaca dan lain-lain yang berkaitan. Anak admin tengah interframe nak jadi model demontrasi tapi Puan Anita dah set semua anak-anak yang di bawah bimbingannya jadi model. Hihi.

 
 
Penasihat ITQAN, Dr. Aida menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Puan Anita.

 
Bergambar ramai-ramai sebagai kenangan.