6 objektif ITQAN :
 
1. Membantu anak-anak Sindrom Down dalam perkembangan emosi, fizikal, spiritual, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain dengan memberikan pendedahan yang bersesuaian seawal usia sehingga dewasa 
 
2. Membantu ibu bapa yang mempunyai anak Sindrom Down dengan menganjurkan aktiviti bersesuaian supaya dapat mengurus dan mendidik anak-anak mereka secara holistik dan sistematik
 
3. Memberi maklumat yang telus dan tepat kepada masyarakat tentang keistimewaan anak Sindrom Down dan melibatkan mereka dalam aktiviti yang bersesuaian 
 
4. Menyediakan peluang kepada masyarakat menyalurkan bantuan yang sewajarnya untuk perkembangan emosi, fizikal, spiritual, pendidikan, pekerjaan dan lain-lain anak-anak Sindrom Down 
 
5. Mengadakan program kebajikan untuk ahli-ahli yang kurang mampu dari segi kewangan dalam menjaga anak-anak Sindrom Down di samping memberi sokongan moral 
 
6. Memperkukuhkan pengajian al-Quran di kalangan anak-anak Sindrom Down beragama islam khasnya