Keterangan

Menggunakan nama takrif persatuan iaitu ITQAN. 
 
Ilustrasi seperti manusia berpelukan pada huruf Q sebagai lambang kasih sayang yang diberikan kepada insan istimewa Sindrom Down dari ahli keluarga dan masyarakat. 
 
Huruf jawi ITQAN sebagai tanda Persatuan berpandangan jauh untuk memperkukuhkan pengajian Al-Quran di kalangan anak-anak Sindrom Down beragama Islam. 
 
Nama Persatuan Anak Istimewa Sindrom Down Itqan Terengganu juga dimasukkan sebagai pengukuhan nama Persatuan.

Warna merah, hijau, biru, ungu dan jingga adalah lambang kasih sayang, semangat juang, keberanian dan juga kedamaian.