Diam tak diam, dah masuk penggal baru ITQAN menerima barisan Jawatankuasa baru untuk menerajui bagi sesi 2025/2027. Sebenarnya ITQAN telah merancang untuk mengadakan Mesyuarat Agung dan perlantikan baru Jawatankuasa dalam bulan Jun 2025. Tetapi memandangkan ada sedikit kekangan dan masalah dalaman yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, mesyuarat ditangguhkan buat sementara.

Fasal Mesyuarat Agung di Dalam Perlembangaan

Untuk makluman, Mesyuarat Agung bagi Persatuan adalah secara Dwi-Tahunan iaitu 2 tahun sekali. Berikut adalah maklumat tentang Mesyuarat Agung yang termaktub di dalam Perlembagaan Persatuan :

FASAL 7.3
Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam
tempoh dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan
terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan adalah:

a. mempertimbangkan laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan
yang lalu;
b. mempertimbangkan laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah
diaudit;
c. memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik Juruaudit (jika berkenaan)
d. menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

 



Laporan Mesyuarat Agung

Alhamdulillah pada 6 September 2025  lalu, Mesyuarat Agung telah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Jadi untuk artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang Mesyuarat Agung yang telah berlangsung tersebut. Mohon maaf atas kelewatan untuk berkongsi tentang Mesyuarat Agung ini.

Bertempat di Pusat Khidmat Setempat (PKS) Orang Kurang Upaya Marang, Terengganu, mesyuarat dihadiri oleh seramai 28 ahli. Mesyuarat bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Agenda Mesyuarat Agung

Berikut merupakan Agenda Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-3 ITQAN :
 
1. Ucapan Pengerusi Persatuan
2. Ucapan Perasmian 
3. Agenda Mesyuarat Agung
i) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung ke-2
ii)  Membentang dan menerima laporan aktiviti Tahunan bagi tahun 2024
iii) Membentang dan menerima penyata kewangan
iv) Pemilihan Ahli Jawatankuasa 
v) Pemilihan 2 orang Juruaudit
vi)    Membentang dan membahas usul (Jika ada)
vii) Lain- lain hal
viii) Ucapan penangguhan mesyuarat 

Alhamdulillah semua agenda yang direncanakan berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua barisan Jawatankuasa ITQAN sesi 2023/2025 yang telah membuat pembentangan. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kerana telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang sesi tersebut.

Buku Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-3 ITQAN


Lihat buku digital di bawah untuk laporan ringkas berkenaan agenda yang berlaku sepanjang Mesyuarat. Klik kanan pada tetikus untuk fullscreen. Atau boleh juga klik pada pautan : Buku Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ke-3 ITQAN



Laporan Bergambar Semasa Mesyuarat

Saya kongsikan juga sedikit gambar semasa Mesyuarat berlangsung.

Pendaftaran Ahli Yang Hadir


Sebahagian Ahli Yang Hadir Awal


Ucapan Perasmian dari Penasihat Persatuan, Dr. Nor Aida Musa


Testing Tayangan Buku AGM di skrin


Pembentangan Oleh Jawatankuasa Sesi 2023/2025


Jawatankuasa Baru ITQAN Sesi 2025/2027

Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa baru yang telah dilantik untuk sesi 2025/2027 ini. Ada wajah-wajah baru yang mewarnai barisan Jawatankuasa untuk sesi 2025/2027 dan saya sangat berbangga kerana semuanya berani menyahut cabaran.  

Berikut adalah senarai nama Ahli Jawatankuasa ITQAN Sesi 2025-2027 yang telah dicadangkan serta diterima sebulat suara dalam Mesyuarat Agung ITQAN Kali Ke-3 ini.

Pengerusi : En. Mohammad Zaidan bin Abdullah

Naib Pengerusi : En. Hairuddin bin Othman

Setiausaha : Pn. Norhafizah binti Mat Yusoff

Penolong Setiausaha : Pn. Noor Shahada binti Mohd Fauzi

Bendahari : Pn. Ruzita binti Sulaiman 

Ahli Jawatankuasa :

Pn. Siti Eshah binti Md Rahim
Pn. Choo Kim Ming
Pn. Asiah Fadilah binti Hasnan
Pn. Rosmaiza Jusoh
Pn. Hasanah binti Abdul Wahid

Juru Audit

Dr. Rabitah binti Kamaruddin
En. Rozali bin Mohammad

Semoga dapat memegang amanah dan menjalankan tugas untuk memperkasakan Persatuan bagi golongan Sindrom Down dengan cemerlang untuk sesi baru ini. Bersama-sama kita teraju persatuan dengan penuh dedikasi demi anak-anak Sindrom Down di seluruh Terengganu.


Salam Sayang,
Shahada Fauzi
Penolong Setiausaha ITQAN 2025/2027